Thursday, May 20, 2010
Masa Bosan~
So, dah a few days jugak blog ini terbiar kan? kan?
Updates!!!
Well yesterday, I bangun pukul 5.30 pagi sebab tak dapat nak sleep, thanks to Presentation Skills Final exam kat lakeside at 8 nanti. Bangun je pagi2, I baru teringat pasal usually presentation slides kena print out sekali ngan outline for the moderator. Tup tup harini, ade examiner lah pulak. Sumpah kecut perut okey...eeks.
( Thank you sayang for the " I Love You" rose!! )
By 7 something, I dah keluar rumah..redah jam yang amat..both kat federal and NPE nak ke Lakeside. Gila babun. OK jap, sebelum sambung, I nak cakap kat sini, yang I memang despise..OH TAK, meluat gila dengan taxi kat kawasan sunway, baik di mentari ke pyramid ke tak kesah. Depa semua ni memang taktau nak bawak kereta kah? Baiklah, I mengaku lah yang depa ni semua cekap bawak taxi..tapi mak aii, kurang ajar kot geng~ selamba ibu bapa mereka..pergi cilok sana sini, dengan signal tak ade, laju kereta tu tak payah cakap lah. Mentang-mentang lah kereta ku kelisa bewarna kelabu gelap, mereka buat tak naaaampaak ja nok~CIS!! * ptui ptui*
..2 hours later..
Selesai sudah first exam..for this semester huhu~ I think I did well, macam bodo je gementar sorang-sorang kat depan while presenting. Hello, perserta no 1 yang kena present ok..HAHA nevertheless, semua berjalan lancar. InsyaAllah, harap-harap dapat lah markah elok :)
Elok masa tengah present, rupanya baru sedar yang my heels yang I tengah pakai tu, belakang dia lekang hahahaha, ape daaa.. tapi sebab nak nampak tinggi punye pasal, main pakai je terus huhu~ nasib baik tak jatuh. Nanti bukan presentation dah pagi tu, jadi drama you~ :P
Just after our presentation, perut pun dah lapar tapi seriously lah okey, kat lakeside tu..memang takde selera sikit lah nak makan. Ntah kenapa, mood betul2 nak makan tu belum ada lagi..kot. So, memandangkan Dira nak renew lesen P nye ke lesen kompeten tu!!!! :) * tepuk tangan!!*, Audi and I pun ikut sekali hehe~
Sesampai je kat sana, tak sampai 15 minit lesen dah siap, nasib baik jugak..kalau buat kat Padang Jawa near Shah Alam, hari jumaat pulak tu..agak sesak lah kot kan?:)
Next, the three of us pergi A&W, gila dekat dengan office JPJ. Building A&W ni actually dah agak lama~~ teringat dulu masa " zaman kegemilangan" A&W..during the 90's kan..kat sini memang gempak lah. Especially kalau korang dulu buat birthday party kat sini, ade beruang besar A&W tu datang bagi party tu gempak kan..hahaha good ol' days!! Elok je sampai, kitorang terus order.
I had chicken burger, with fries dengan beer. HAHAHA nak jugak cakap beer tu.. tambah root kan depan ye nok~
So, by 1 something, sayangku Audi and Dira hantar I balik ke Lakeside~ * muah!!*..jalan je kat tempat parking, masuk je kereta..I bosan balik. HAHA :)
Serius malas nak balik rumah lagi, so I pergi pyramid. Plan nak ajak one of my fren ni keluar, tapi dia busy huhu..
This is what I got in Pyramid:-
SonicGear Headphone in white ( RM 29.90).
Sebelum ni most of my headphones in black and grey, saje tukar kaler hehe, and NO people, bukan beli bendalah ni for the sake of getting something. I don't know why tapi my headphones selalu rosak. This year dah 3 kali I tukar dah tau haha~
Telinga gajah ni.. :)
Naik ke Mini Toons near Asian Avenue, and got this:-
Fluffy Hot Pink Bunny handphone hanger ( RM5.90)
Fell in love with it, sebab 1. Hot pink. 2. Fluffy. 3. Bunny = Nina.
:P
and Pink cat wire thingamagic. ( RM4.90)
Ok, ini random haha, pagi tadi..while tunggu presentation class habis, I took a picture of this.
Kita sudahi post ini dengan gambar my baby sayang..Patches.
Till next time, toodles!!!












